Khamis 29 april 2010 10.00 am. Pagi tadi pas aku masak sarapan, gas habis. Aku suke lah boleh aku excuse masak hari ni.. tapi zukey tak kasi can. Cepat2 dia call gas.. hahahahaha. Tapi sampai skang gas tak sampai2… aku doa2 gak biar gas sampai lambat.. tak yah aku masak.. huhuhuhu…tapi aku dgn bihah nak makan kat mana plak nanti. Kat putrajaya ni belum jumpa tempat makan sedap. Malam tadik makan kat foodcourt precint 9 hampeh. Tak sodap langsung. Mahal pun ye. Kadang2 aku paham gak kenapa zukey nak aku masak. So aku ada free nak main tenet n tulis blog.
Minggu ni aku aktif berinterview. Aku dah ready nak bekerja. Cuma aku harap sangat aku dapat hantar bihah dekat emak. Bile fikir2kan sure penat ulang2 alik langat setiap hari then ulang alik kerja. Tapi aku masih muda. Demi kebajikan anak aku. I mesti kuat semangat nak buat semua tu.
Semalam aku interview dekat jalan kuchai lama. Position account cum admin executive. Offer between RM1800 – RM2200. After 3 months probition period ada increament between RM200-RM500. Staff benefit… ada medical insurance untuk aku, spouse and children. Means aku leh gi private tak yah bayar. Unlimited. Means aku leh beranak kat swasta lah.. yeeehaaa.. tak dapat ampang putri pun takpe. Kpj pun boleh janji swasta. Company tu dalam biotech industry. Semua india. Ada 2 chinese tapi takde malay. Kalo derang nak amik … I will be the first malay there. I have no problem with that. Since sebelum ni pun aku kerja dengan chinese aje kan. lagipun derang sume seems nice. Ms suja tu plak macam jenis yang tak suka diskriminasi n tak eksen. Aku rasa nak sangat keje kat sana. Cuz dah strategik. Aku leh hantar bihah dekat rumah mak. Then tak jauh je dari rumah mak kalo nak compare aku gi subang. Kalo derang offer rm1800 pun ok kot. Cuz aku dah takde hutang. Skop keje pun macam senang. Bos pun . macam understanding. All I want Is there. Sekarang ni Cuma tunggu jawapan aje. Ari tu dia interview aku seorang aje. Dia gi bantai citer sume pasal company tu. Sampai aku pun tak tau nak cakap ape lagi. Gaya2 dia macam aku leh dapat. Pepun aku ada interview jumaat ni. Tempat che llin tu aku tak harap langsung. Ye lah dia apply kan untuk aku assistant manager. Hahaha.. pe pun tak rugi mencuba.
Gas dah datang la plak. Kenalah aku memasak jugak akhirnya.. bihah dah macam nak bangun ni. Terkangkang2 lah aku kat dapur buat kerja sambil jaga budak lasak ni. Budak baru dapat kaki ler katakan. Ape aku nak masak hari ni pun aku tak tau. Ok done for today. I never really can fokus dalam pengluahan hati aku ni. Selalu aje risaukan tu ini. Risaukan bihah bangun tido. Kenalah tulis cepat. Takde ketenangan dlam tulis blog ni walaupun bihah tengah tido. Iniler kelainan menjadi ibu atau anak dara lagi. Hehehehe..
Pepun aku dah kena mulakan tugas memasak. Nanti laki aku balik nak makan. Anak aku pun nak makan nanti. So, chow for now.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment